Wedding

Tips 1 : Senarai semakan for preparation for wedding

Before 6-10 Bulan
1. Tentukan date hari perkahwinan

2. Tentukan theme perkahwinan yang diinginkan such as Arabian ker or Vintage Wedding ker

3. Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.

4. Discuss wit bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.

5 Tentukan tempat majlis kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.

6.Jeng2 .Jgn lupa dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis for wedding card invitation

7. Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan.

8. Pilih pengapit-pengapit anda

9. Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami

10. Pilih baju untuk pengapit

11. Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun..yezza especially before christmas byk kita bley saving

12. Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai

13. Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.

14. Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda


* Sediakan dokumen ini:


> Salinan Kad Pengenalan (min 10)
> Salinan Surat Beranak (min 3)
> Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
> Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
> Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
> Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain.
> Kebenaran kedutaan jika warga asing
> Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
>Surat Perakuan Bujang dari majikan

Before 4-6 Bulan

1.Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara

2.Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan

3.Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori

4.Siapkan bilik atau rumah pengantin


Before 3-6 Bulan

1.Hadiri kursus Pra Perkahwinan

2.Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri

3.Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan

4.Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid

5.Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu

6.Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh

7.Pilih cincin perkahwinan

8.Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri

9.Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda

10.Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.

11.Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh

12.Tentukan aturcara majlis

13.Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin .

14.Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain.
Before 2-4 Bulan

1.Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri

2.Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam

3.Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering

4.Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk

5.Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu

6.Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu

7.Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap

8.Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan


7 Hari1.Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu

2.Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik

3.'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas

4.Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.

5.Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.

6.Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.


1 Hari1.Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam

2.emaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan

3.Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.

4.Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda.

5.Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.


Ini antara check list yang boleh di ikuti..yelah setidak -tidak ea ada idea kot2 tertinggal kan..dah byk benda yang nak kena pikiaq dan buat kan..hehe ckp org diri sendiri pun kena wat check list..

ok..selamat mencuba..







No comments:

Post a Comment